Cara Membuat Permohonan Penerapan Degree UiTM

by - 11:50:00

Hi guys! Lagi berapa hari je ni dah nak daftar degree ni, tak sabar nak sambung belajar balik lepas 5 bulan duduk rumah goyang kaki... So, hari ni nak cerita macam mana nak mohon penerapan uitm ni, Penerapan ni special untuk pelajar diploma uitm sahaja yang nak sambung degree ye! hehe student lain tak boleh.

The first thing awak mestilah student yang tengah belajar di semester terakhir dan takde sangkut mana mana subject yang membuatkan awak kena extend. Lepas itu awak pergi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan beli no. pin untuk penerapan uitm. Cakap tau dekat kakak or abang kaunter tu nak no. pin penerapan uitm, nanti kang dia kasi no. pin untuk permohonan upu, lain tu! Harga no. pin tu murah je, RM 10.06 (waktu saya beli ni oktober 2016). Pastikan bila pihak uitm dah maklumkan permohonan dah dibuka baru pergi beli kay?

Dah siap beli, masuk je terus student portal uitm tu and click dekat Application for Continuation of Studies.


Lepas tu, dia akan suruh awak masukkan no. pin yang awak dah beli dekat BSN tadi. Dah dapat masuk nanti dia akan suruh isi maklumat awak, keputusan spm, result muet dan lain lain. Bagi yang tak buat muet lagi or belum keluar result tapi still nak mohon boleh je. Just tick je Belum Ada Keputusan ataupun Belum Ambil macam kat bawah ni!:)


Penerapan ni awak akan diberikan tiga pilihan, so pilihlah baik baik okay. Seeloknya sambunglah program yang kita ambil masa diploma dulu so boleh buat pengecualian kredit dan boleh cepat cepat graduate and kahwin! lol boleh cepat cepat cari duit:)  Selalu mesti dengar orang kata first choice mesti tak dapatkan? HAAAAA jangan percaya lol sebab dulu masa upu saya buat macam tu, last last tak dapat pun apa yang saya nak. Tapi alhamdulillah dapat jugak tamatkan diploma dengan jayanya dan on time!hehe tak sabor nak konvo. So kalau awak yakin awak boleh dapat dengan keputusan awak tu, just go for it! Jangan nak menyesal di kemudian hari pula hehe

Kalau nak check syarat syarat kemasukan, pergi dekat sini okay http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016 :) Untuk permohanan kemasukan bulan september 2017 dah bukak rasanya, so cepat cepat beli no. pin okay? Jangan sampai terlepas pulak okay? Kalau awak sibuk sangat dengan assignment or fyp, awak suruhlah kawan kawan awak yang duk makan tidur je dalam bilik tu pergi belikan, kasi je no. ic dan bagi duit!:) Sayang je uitm dah kasi kelebihan, kita tak gunakan. Ok lah, ni je lah kot yang saya dapat share sekarang. Nanti saya akan update pasal pengecualian kredit untuk cepat graduate degree nanti!hihi See u next time. xo

You May Also Like

20 comments

  1. boleh lawati blog saya juga mengenai penerapan uitm :) daramanis11.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, terima kasih atas perkongsian ni. Saya nak tanya , boleh ke kalau nak mohon penerapan uitm dgn upu sekali gus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. saya tlg jawabkan hehe. boleh je nak moho dedua sekali. yang penting no pin pun kene ada utk buat permohonan dua dua tu hehe

      Delete
  3. hi assalam, ape jadi kalau amek penerapan lain kos masa diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kalau ambik course lain ni susah nak cut credit tapi kalau memang course tu berbeza sangat dengan diploma yang pernah ambil degreenya panjang lah jadi dari kawan kawan yang ambil course sama

      Delete
  4. Assalam.. Nak tanya.. Kawan saya cakap time isi penerapan tu.. Dia mintak angka giliran spm.. Klau x ingat macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Saya tolong jawab ye.. hehe.. yang angka giliran spm tu awak boleh tengok dekat slip SPM awak.. :D

      Delete
  5. Assalamualaikum,nak tanya.
    Ada tak cara nak beli no pin ni secara online?

    ReplyDelete
  6. Assalammualakium, saya nak tanya...
    1) if ada extend masih boleh buat penerapan ke after habis sem extend tu?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum, nak tanya. untuk yg dh habis semester akhir boleh lgi ke mohon penerapan? permohonan penerapan ni biasanya dibuka bulan brape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tengah bukak, tapi tak sure kalau dah abis dip boleh mohon tak

      Delete
  8. Hi, nak tanya part muet tu. Sekarang dia takde keluar pilihan banyak mcm tu. Dia keluar Ya/Tidak sahaja. Kalau saya buat Tidak takpe ke? Sebab masih tengah ambil muet lagi, belum selesai/keluar keputusan.

    ReplyDelete
  9. hi! nak tanya. boleh jadi ke if pointer lebih dari 3.5 tapi tak dapat tawaran penerapan untuk kos yang diminta?

    ReplyDelete
  10. boleh ke beli no pin penerapan uitm ni online?

    ReplyDelete
  11. Salam, nak tanya.. saya belum daftar muet..boleh mohon penerapan ke?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum maaf nak tanya, kalau dalam borang permohonan utk penerapan tu. Bahagian koko, Tahap 1- Tahap 5 tu apa ya dia indicate?

    ReplyDelete
  13. hi nak tanya kalau beli pin di atam apa nama no pin unutk penerapan tu ?

    ReplyDelete
  14. B2B mobile betting app for bet365 - JT Hub
    The 문경 출장마사지 mobile application is 상주 출장안마 currently 파주 출장샵 available 원주 출장샵 on mobile devices. Mobile users can download it at anytime with mobile access. The betting app is compatible with 김제 출장안마 Android

    ReplyDelete
  15. hye sis nak tanya. kalau I habis diploma on feb 2021.
    but apply for degree uitm on dec 2021. dapat masuk march 2022.
    I tak dikira as penerapan student right? as penerapan student was from final year student diploma yang apply degree through student portal right..

    ReplyDelete