Cara Membuat Permohonan Penerapan Degree UiTM
by
Sofea Mardiana
- 11:50:00
Hi guys! Lagi berapa hari je ni dah nak daftar degree ni, tak sabar nak sambung belajar balik lepas 5 bulan duduk rumah goyang kaki... So, hari ni nak cerita macam mana nak mohon penerapan uitm ni, Penerapan ni special untuk pelajar diploma uitm sahaja yang nak sambung degree ye! hehe student lain tak boleh.
The first thing awak mestilah student yang tengah belajar di semester terakhir dan takde sangkut mana mana subject yang membuatkan awak kena extend. Lepas itu awak pergi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan beli no. pin untuk penerapan uitm. Cakap tau dekat kakak or abang kaunter tu nak no. pin penerapan uitm, nanti kang dia kasi no. pin untuk permohonan upu, lain tu! Harga no. pin tu murah je, RM 10.06 (waktu saya beli ni oktober 2016). Pastikan bila pihak uitm dah maklumkan permohonan dah dibuka baru pergi beli kay?
Dah siap beli, masuk je terus student portal uitm tu and click dekat Application for Continuation of Studies.
Lepas tu, dia akan suruh awak masukkan no. pin yang awak dah beli dekat BSN tadi. Dah dapat masuk nanti dia akan suruh isi maklumat awak, keputusan spm, result muet dan lain lain. Bagi yang tak buat muet lagi or belum keluar result tapi still nak mohon boleh je. Just tick je Belum Ada Keputusan ataupun Belum Ambil macam kat bawah ni!:)
Penerapan ni awak akan diberikan tiga pilihan, so pilihlah baik baik okay. Seeloknya sambunglah program yang kita ambil masa diploma dulu so boleh buat pengecualian kredit dan boleh cepat cepat graduate and kahwin! lol boleh cepat cepat cari duit:) Selalu mesti dengar orang kata first choice mesti tak dapatkan? HAAAAA jangan percaya lol sebab dulu masa upu saya buat macam tu, last last tak dapat pun apa yang saya nak. Tapi alhamdulillah dapat jugak tamatkan diploma dengan jayanya dan on time!hehe tak sabor nak konvo. So kalau awak yakin awak boleh dapat dengan keputusan awak tu, just go for it! Jangan nak menyesal di kemudian hari pula hehe
Kalau nak check syarat syarat kemasukan, pergi dekat sini okay http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2016 :) Untuk permohanan kemasukan bulan september 2017 dah bukak rasanya, so cepat cepat beli no. pin okay? Jangan sampai terlepas pulak okay? Kalau awak sibuk sangat dengan assignment or fyp, awak suruhlah kawan kawan awak yang duk makan tidur je dalam bilik tu pergi belikan, kasi je no. ic dan bagi duit!:) Sayang je uitm dah kasi kelebihan, kita tak gunakan. Ok lah, ni je lah kot yang saya dapat share sekarang. Nanti saya akan update pasal pengecualian kredit untuk cepat graduate degree nanti!hihi See u next time. xo